Monday, August 15, 2011

Perkataan Berlawanan

Murid -murid  : Selamat pagi, cikgu!

Cikgu : Mengapa selamat pagi saja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamtkah?

Murid-murid : Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!

Cikgu : Panjang sangat tu! Tak pernah dibuat oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera!
            Senang dan penuh makna.. lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan..
            Baik lah, Cikgu nak buat kata berlawan hari ni.. Kamu kene jawab cepat.

Murid-murid : Faham, cikgu!
Cikgu : saya tak mahu apa-apa ganguan. 
Murid-murid : (senyap)
Cikgu : Tinggi!
Murid-murid : Rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid -murid: Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid-murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid-murid : Betul!
Cikgu : Itu bukan soalan!
Murid-murid : Itu adalah jawapan!
Cikgu : Mati aku!
Murid-murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan kamu baru tau!
Murid-murid : Akar lama kami tak tau!
Cikgu : Malas saya nak mengajar kamu!
Murid-murid : Rajin awak tak nak belajar kami!
Cikgu : Saya tak main main ni!
Murid-murid : Kami lawan lawan tu!
Cikgu : Astaga...
Murid-murid : Alhamdullilah...
Cikgu : Arghhh! Geramnya!
Murid-murid : Oooohhhh! Sukanya!

maka cikgu tu pun pengsan sebab terlalu stress dengan murid muridnya yang terlampau pandai..;)

No comments:

Post a Comment